Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua bekas Ahli Parlimen PKR.
Menerusi muat naik status di akaun media sosialnya, Muhyiddin berkata dua Ahli Parlimen tersebut adalah Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon.